KLIK BERJEMAAH YE!

Wednesday, January 20, 2016

RESEPI UTK SI BUJANG..LEBIH SIMPLE LEBIH MUDAH .. hehehe





MEGGI GORENG ABC 



. Bahan-bahannya:          
Maggi - rebus hingga lembut
Daging / ayam
Bawang merah
Bawang putih
Cili api / cili mesin
Perencah maggi kari
Kobis/ Sawi 
Telur
Sedikit kicap - untuk menggelapkan sedikit warna maggi

Cara-cara membuatnya:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng daging atau ayam sehingga masak. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi dan masukkan perencah Maggi . Jika meggi yang digunakan hanya sebungkus sahaja masukkan 1/2 perencah meggi kerana jika terlebih akan rasa masin. Masukkan juga sedikit kicap dan sayur. Pecahkan telur ke dalam kuali. Masukkan Maggi yang telah direbus dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan

KARI AYAM SUPER RINGKAS




BAHAN-BAHANNYA :


  • 3 ketul ayam
  • 2 sudu rempah kari Baba's
  • 1/2 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji kentang
  • 1 cawan air
  • 2 sudu minyak
  • secubit rasa
CARA MEMBUATNYA:
  1. panaskan minyak
  2. goreng bawang besar dan bawang putih sehinga naik bau
  3. masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi
  4. masukkan air dan kacau sehingga sebati
  5. masukkan kentang,bendi dan ayam
  6. biarkan sehingga masak
  7. akhir sekali, masukkan secubit rasa atau garam dan gula
  8. biarkan sehingga pekat.
  9. siap dihidang! 




No comments:

Post a Comment