KLIK BERJEMAAH YE!

Friday, January 22, 2016

AYAM BUTTER CHEESE

Bahan A
Ayam bahagian isi dipotong sederhana kecil (Anggaran 1 pinggan)
1 sk garam
1/2 sb gula
2 sk serbuk kari
1 biji telur
1 sb tepung gandum
# Semua bahan diperap 1 jam#

Bahan B
3 sb butter
2 biji cili padi - dihiris
1 biji cili merah-potong dadu (buang biji)
1 pelepah daun kari (tambah jika suka)
1 cawan susu cair (ikut kepekatan yg disukai) 
1-2 keping cheese (ikut selera agak2 tak muak)
1 sk Lada hitam
Garam, gula secukup rasa.
# Saya tak guna serbuk perasa sbb lada hitam ajishio dah cukup#

Cara:
1. Salut ayam yg diperap selama 1 jam tadi dgn tepung gandum dan digoreng sehingga kekuningan (jangan terlalu garing nanti keras). Ketepikan.
2. Dalam kuali lain cairkan butter,masukkan cili padi, cili merah dan daun kari. Tumis sampai naik bau.
3.Masukkan susu cair, cheese, lada hitam, garam dan gula secukup rasa. (Rasa dulu sblm tmbh garam sbb cheese dah masin)
4. Masukkan ayam goreng. Gaul sebati sehingga kuah agak pekat.(Kuah akan lebih memekat dan bersalut dgn ayam apabila sejuk jadi agak2 sendiri).
5. Siap utk dihidang. Makan panas2

Wednesday, January 20, 2016

RESEPI UTK SI BUJANG..LEBIH SIMPLE LEBIH MUDAH .. hehehe





MEGGI GORENG ABC 



. Bahan-bahannya:          
Maggi - rebus hingga lembut
Daging / ayam
Bawang merah
Bawang putih
Cili api / cili mesin
Perencah maggi kari
Kobis/ Sawi 
Telur
Sedikit kicap - untuk menggelapkan sedikit warna maggi

Cara-cara membuatnya:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng daging atau ayam sehingga masak. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi dan masukkan perencah Maggi . Jika meggi yang digunakan hanya sebungkus sahaja masukkan 1/2 perencah meggi kerana jika terlebih akan rasa masin. Masukkan juga sedikit kicap dan sayur. Pecahkan telur ke dalam kuali. Masukkan Maggi yang telah direbus dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan

KARI AYAM SUPER RINGKAS




BAHAN-BAHANNYA :


  • 3 ketul ayam
  • 2 sudu rempah kari Baba's
  • 1/2 bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji kentang
  • 1 cawan air
  • 2 sudu minyak
  • secubit rasa
CARA MEMBUATNYA:
  1. panaskan minyak
  2. goreng bawang besar dan bawang putih sehinga naik bau
  3. masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi
  4. masukkan air dan kacau sehingga sebati
  5. masukkan kentang,bendi dan ayam
  6. biarkan sehingga masak
  7. akhir sekali, masukkan secubit rasa atau garam dan gula
  8. biarkan sehingga pekat.
  9. siap dihidang! 




Saturday, January 9, 2016

NASI MINYAK versi MAMAK

Bahan untuk buat Nasi Minyak...

bawang besar 1
bawang putih
paste 1 sudu
tomato 1
halia 1
mix vege
kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
gajus sedikit
                               kismis potong kecil2 ye
                               daun briyani bay leaf kecil
                               daun pandan
                               susu cair 1 cup
                               minyak sapi dlm 3 sudu

Panaskan minyak sapi..masukkan bhan satu demi satu..sampai layu.
Masukkan susu tadi..gaul dgn bhn2 tadi..
tambah garam dan gula sedikit..rasakkan..ttup api.
.masukkan campuran ni dgn beras yang nak ditanak..
air kosong utk beras xyah ltk ngam2 ye..
sbb kite nak masukkan satu cup susu kan.so agak2 ye



taraa.....dah siapp..
slmt mencuba,, :)

Friday, January 8, 2016

KEPAK AYAM GORENG BERSERAI

Bahan-bahan:
~10 keping kepak ayam

~1/2 sudu paste garam kunyit


~4 batang serai segar,(bahagian putih) potong kepada kepingan kecil


~8-10 bawang kecil


sedikit garam


~minyak untuk menggoreng kuali


~4 sudu besar air asam jawa (pilihan)

CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan dan potong setiap keping kepak ayam kepada 2 bahagian.
2 .Serai dan bawang merah kecil dikisar halus dan dicampurkan 1/2 sudu paste garam kunyit dan perap seketika
3. Tuangkan minyak untuk menggoreng dan goreng kepak ayam sehingga masak dan berwarna keemasan
4.Sisa perapan di dalam kuali ditapis minyak dan dituangkan ke atas ayam sebelum dihidang.


RESEPI UDANG TEMPURA ALA JEPUN

Bahan-bahan: 
● Setengah kilo udang bersaiz sederhana (dikupas & biarkan bahagian ekor)
● ½ sudu kecil lada hitam
● ½ sudu kecil serbuk bawang putih
● 1 cawan tepung gandum
● 1 sudu kecil serbuk paprika
● 2 biji telur (dipukul)
● 1 cawan serbuk roti
● Minyak sayur untuk menggoreng


Cara membuatnya: 
1. Gaul udang dengan garam, serbuk lada hitam dan serbuk bawang putih.
2. Sediakan mangkuk yang berasingan untuk meletakkan telur dan serbuk roti.
3. Kemudian sediakan mangkuk lain sebagai tempat untuk mencampurkan telur dan serbuk roti.
4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana.
5. Masukkan udang ke campuran tepung lalu ke campuran telur pula.
6. Goreng sehingga berwarna coklat keemasan.
7. Udang goreng rangup ala restoran Jepun siap untuk disajikan.

TELUR BUNGKUS



Bahan2:
2 keping isi ayam dipotong kecil2
1/2 biji bawang holland dicincang halus
1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
1/2 batang daun saderi didadu kecil
1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
1 biji cili merah
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
secubit garam jika perlu
Minyak untuk menumis
2 biji telur ayam

Cara menyediakan :
Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
Taburkan secubit garam jika perlu
Sebelum diangkat bolehla ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
Letak kan inti ditengah2 dan bungkuskan telur tersebut
Biarkan telur garing seketika dan bolehla di terbalik kan ke dalam pinggan.

Resepi : Telur Dadar Berkeju II

Bahan-bahan:
5 biji telur gred B
1/2 labu bawang besar - potong dadu
3 batang daun sup - hiris halus
7 biji cili padi - hiris halus
1 cawan hirisan keju Cheddar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
mentega

Cara :
1. Campur telur bersama semua bahan di atas kecuali mentega dan hirisan keju.
2. Panaskan kuali non-stik saiz kecil, dan cairkan sedikit mentega.
3. Masukkan 1/3 bahagian adunan telur ke dalam kuali.
4. Masukkan 1/3 cawan hirisan keju Cheddar.
5. Apabila permukaan telur dadar kelihatan kental, terbalikkan dengan berhati-hati.
6. Setelah telur dadar kelihatan kuning keemasan, angkat.
7. Ulangi 3,4 & 5 hingga selesai.